Monday, July 06, 2009

Saturday, November 27, 2004

Kenangan di MRSMKP

Sesiapa ada kenangan menarik untuk dikisahkan semula dan dikongsikan bersama, boleh la menulis di ruangan komen, cukup untuk 500 character, kalau xcukup bolehla emel ke saya kalo rajin :D di asamjawa82@yahoo.com

Yang pasti, zaman persekolahan di MRSMKP xboleh diulang kembali. lain la kalo ada saintis ciptakan mesin masa ala mcm doraemon 2..boleh kot travel back in time.

Mengenang zaman dahulu, teringat plak gerak saraf spm 99. Macam macam terjadi. Dari baik ke buruk, semua berlaku,tapi selepas 2 semua jadi lebih baik dalam uasaha memartabatkan MRSMKP. Pada hari 2, setiap kelas ada 3 banner yang dibahagikan kepada 3 kumpulan, darat, udara dan air, yang darat ikut jalan raya, yang air ikut pantai dan yang udara panjat bukit keluang, Tapi hari 2 ujan kot, team udara xleh naik, takut licin dan terjatuh,,sian dorang..hamba tgk acap sedih je muka takleh naik bkuit. takpe acap, ko pasni panjat effiel tower 2, tgkp gmbr byk2, kasi kitaorang tgk ye..

setiap kelas ada lagu sendiri, pastu baju sendiri yang melambang kelas masing2, ada jugak yg cat muka ala ala komando. tapi macam tenuk je aku tgk ehehhehe jgn mrah guys..last sekali perhimpuan di buat kat dataran ilmu, menjerit sampai ilang suara ekekek pastu koop kehabiasan air asam jawa..laku sungguh koop time 2..mmg pegalaman yg best tapi syg takde gambar utk dibuat memori..sape2 ada gambar boleh la publish..

Sunday, November 07, 2004

Jemputan ke Walimatul Urus Ariff-Hasni

Assalamu`alaikum wrh wbt
Kepada shbt2 sekalin, saya ingin menjemput semua hadir ke majlis perkahwinan kami

Nor Hasni Binti Zahari dan Raja Ariffuddin Bin Raja Anuaruddin

Pada 5 Disember 2004 ni bertempat di:No 51 Jalan 6A/2 43650 Bandar Baru Bangi Selangor.
03-89252631

Doakan kebahagiaan kami, insyaALLAH.

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin

admin: tahniah buat hasni, pelajar kelas 5D, semoga berbahagia

Wednesday, October 27, 2004

Kisah Daun Semalu dan puteri Nabi SAW

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w. berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a.Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengannada yang sedikit marah.Rasulullah s.a.w. dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita.Fatimah terkejut. Rasulullah s.a.w. menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkanbahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (malu yang bertempat).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Olehitu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkambumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.Semoga kita sebagai kaum wanita dipenuhi dengan sifat kewanitaan daripada-Nya. Dan sifat kewanitaan hendaklah sentisa dididik dan diasah agar ia kekal dipraktikkan dalah urusan seharian kita.

kredit kepada Ku Rafidah (Penn State) at 10:27 pm(11 Ramadhan)

Monday, October 25, 2004

percubaan

mula mula aku belajar duulu cara buat wab blog ni..belaja source yag tah apa apa..penin kepalo, maklumlah. budak kimia belajar source dhtml..ape pun enjoy lah..


Kunjungi asamjawa.

Thursday, October 21, 2004

:: Pesanan Ayah ::

Anakku, Kamu adalah hamba,kau mulakanlah hidupan denganbisikan niat yang tulus ikhlas bahawa dalam setiap gerak denyut hidup inilahir dan batin semuanya teruntuk hanya kepada zat yang menjadikan hidupmu. Anakku, Ingatlah statusmu cumalah seorang hamba berperanansebagal wakil Allah untuk menjalankan undang-undang Allah dl muka bumiNya ini.Ertinya kamu wajib menghambakandiri kepada setlap kata dan suruhan Allah kepadaMu. Jangan hambakan diri kepada nafsu tapi hambakan kepadakehendak Allah semata-mata.Untuk itu kau mesti miliki rasa kehambaan disetiap detik hidupmu. Mintalah kepada Allah supaya direzekikan kau hati seorang hamba.Kau bertuah kalau Allah perlakukanmu untuk sering merasa bahawa kamu adalah seorang hamba dan malanglah kamu kalau hatimu lalaidari sifat ini. Anakku, Seorang hamba yang taat didalam taatnya kepadaTuhannya sesungguhnya akan bersusah hati setiap kali selesai ibadahnya. Gementarhatinya kèrana bimbangkan hadiah yang tidak diterima.Bahkan akan menjadi sebab kemurkaanNya. Sekall-sekali tldak terlintas dihatinyabahawa ibadahnya itu kehebatannya. la hanya keupayaan anugerah yang belum pasti nllainya di sisi Allah.Lalu dilupakan saja nikmat itu yang tinggalialah kebimbangan tentang keputusannya nanti. Anakku, Kamu tentu tahu bahawa nafsumulah yang merosakkan hidupmu.Kau hanya akan selamat kalau berjaya terhadap nafsumu. Kau wajib didik ia sampai menjadi mutmainnah (iaitu nafsu yang akan menjadikan kamu tenang) tldak lagi keluh kesah, gelisah,gopoh-gapah, melenting-lenting dantidak bahagia. Adapun caranya mendidik nafsu yang terpenting ialah kauzikir.Yakni fahamilah maksud Allah.Kau kekang nafsumu dengan ilmu tentang salahnya pendapat nafsu dibandingkan dengan maksud-maksud Allah lalu kaujunjunglah kehendak Allah dan lawanlah runtunan nafsumu sungguh-sungguh. Anakku, Sesungguhnya zikir yang agung ialah ibadahsembahyang.Sembahyang secara faham tentang keagungan cinta Tuhan kepadakamu.sembahyang yang membawa kau mikraj kehadrat Allah, hingga kau benar-benar rasahamba lalu menghambakan seluruh hidup kepadanya. Dengan itu nafsumu akan dapat dijinakkan. Jadilah dia dengan perlahan-lahan mutmainnah.Dla tidak lagi mengganggumu dengan sombong, riak, bakhil, gelisah, gopoh-gapah, cintadunia dan segala mazmumah. Kau akan jadi hamba yang taat dalam taat.Waktu itu kau akan mampu membawa rasa kehambaan kemana-mana. Maka jadilah kamu anakku benar-benar seorang hamba Allah. Sekian, Selamat berjuang.

Kunjungi asamjawa wabblog terkini.